Monday, March 19, 2007

Dublin oh Dublin

Entah mengapa, hati begitu menggelitik hendak berpuisi..Rupanya dah terlalu lama aku tidak menulis sekalipun sepotong idea puitis. Lalu teringat potongan-potongan puisi lama, lalu aku cantumkan kembali..Tidak lah baru, tapi cukup mengurangkan gian..


Dublin oh Dublin

Keseorangan, mengadap internet berbayar yang mahal di Isaac Hotel
berdepan pejabat Garda dan stesen bas, aku terlalu mengingatimu,
lebih dari segalanya, yang wujud di sini, dan di sana..

Berdepan stesen bas, pengemis Dublin berpakaian baju lusuh, merokok sambil berludah,
pada jalan raya yang basah.

Sesekali, trem hilang deru dalam renyai hujan, dan sewaktu pasangan irish sedang berkucupan, menambahkan ingatanku padamu..

Indahnya Dublin, dengan jalan lurus ke pelabuhan.
Sungainya panjang membelah dua pekan
yang hilang kebiruannya, disinari matahari pukul sepuluh.

Berjalan-jalan di jambatan itu, aku terbayangkanmu,
sekalipun gadis irish berkulit mulus, berpusu-pusu lalu di depanku.

Sayang, aku terlalu rindu.

Dublin, 30 Disember 2005.

Thursday, March 1, 2007

Dr.Maurice Bucaillle dalam bukunya “Asal-usul manusia menurut Bibel, Al-Qur’an dan Sains”, antara lain sbb:

Pada umumnya Adam dianggap sebagai nama manusia pertama, tetapi baik di sini maupun di tempat lain dalam Qur’an Suci, tak ada satu ayatpun yang menerangkan bahwa Adam itu manusia pertama, atau tak ada makhluk sebelum Adam. Sebaliknya, ulama yang besar-besar mempunyai keyakinan bahwa banyak sekali Adam, bahkan beribu-ribu Adam, sebelum Adam yang dianggap nenek moyang manusia(RM). Sebagaimana diterangkan dalam ayat sebelumnya, yang dimaksud Adam di sini ialah manusia seumumnya, karena pertumpahan darah tak mungkin dilakukan oleh satu orang; adapun yang dimaksud ialah pertumpahan darah antara manusia dengan manusia. Oleh karena itu, kata Adam di sini berarti manusia seumumnya, sekalipun dimungkinkan pula sebagai nama orang tertentu. (hal.22)

Sumber: suryaningsih.wordpress.com

Sudah lama persoalan ini bermain-main di kepala aku. Seingat aku sejak tahun dua atau tiga di UPM. Begitu banyak unsur tak logiknya jika dikatakan (sebagaimana kepercayaan umum umat Islam-sehingga para fukaha meletakkannya sebagai nama bagi pertama dalam susunan para nabi dalam Islam) bahawa Adam adalah manusia pertama.

Bukan aku nak memenangkan teori-teori Barat berhubung kepercayaan ini, tetapi ternyata dalam tafsiran lama itu menyatakan bahawa seakan-akan manusia diturunkan ke dunia dalam keadaan 'terus bertamadun.

Ini sudah tentu salah? Tetapi aku antara orang yang berpegang dengan kenyataan al-Quran tak mungkin bisa salah. Ternyata yang bisa salah cuma tafsiran manusia, termasuk ulama-ulama yang dikatakan muktabar terhadap tafsiran itu.

Lihat sahaja kutipan di atas. Ia nampaknya satu tafsiran yang lebih rasional dan sesuai dengan fakta antropologis. Tetapi, ternyata ia masih lagi dalam ruang lingkup tafsiran al-Quran.

Mana mungkin manusia terlahir (terhantar ke dunia dalam versi lama) terus bertamadun. Dalam pengkisahan Adam disebut bahawa nabi Adam beserta keluarganya bertanam gandum dan menternak bebiri, sehingga berlaku kejadian dua anak Adam bergaduh kerana merebut salah seorang adik perempuan mereka.

Berdasarkan kajian kita tahu bahawa manusia memang melalui proses evolusi sebelum mencapai ketamadunan mereka sehinggalah ke hari ini. Manusia awal memburu dan berpindah randah hidupnya sebelum mereka menemui gandum untuk ditanam dan kambing biri-biri untuk diternak.

Itu terjadi setelah beribu-ribu tahun sejak 'kemungkinan' kemunculan manusia pertama di bumi ini.

Nampaknya argumentasi Adam sebagai nama bagi manusia pertama tertolak. Namun, ia tak bermaksud al_Quran salah jika diterima argumen bahawa Adam adalah nama bagi manusia.

Berasaskan kajian, manusia secara evolusinya

Tuesday, February 13, 2007

Kuliah Yang Paling Menyeronokkan

Semalam mungkin perlu aku catatkan dalam sejarah diri. Ya, satu catatan tanpa tarikh khusus untuk diingati..Ianya berkaitan dengan kuliah aku serta respons yang aku dapat selepas kuliah tu.

Aku rasa agak berjaya menarik perhatian student aku selama hampir 3 jam kuliah sekalipun tajuknya agak berat. Memang aku rasa tajuk 'agama' berat bagi student tahun pertama.

Ringkasnya, aku mulai kuliah dengan menyambung topik minggu lepas, komunikasi. Lupa nak bagi tau, subjeknya pengantar sains sosial. Aku sambung balik dengan aspek halangan dalam komunikasi.

Selepas bercerita pasal persaingan merebut kerusi Presiden di USA yang dah bermula (setakat ini Barrack Obama dengan bantuan isteri dan Hillary Clinton mula masuk persaingan), aku cuba buat lawak mengenai pembaca berita yang sampai sudah tak berjaya menyebut 'Arnold Schwernegger' dengan tepat. Sudahnya dia menyebut 'Arnold susah nak eja'.

Tapi, mungkin jenakanya dah agak klise, walaupun berkait dengan topik halangan dalam komunikasi apabila pembaca berita itu tidak membuat persediaan rapi sebelum melaksanakan kerjanya. Student aku tak berapa minat dengan joke tu.

Nampak mereka kurang berminat, aku cuba swing sikit perhatian mereka dengan mengadakan satu game 'komunikasi'- mereka dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diminta beramai-ramai meritma lagu Mexico, dan satu lagi lagu Hindustan. Kelas jadi gamat.

Aku teruskan topik yang berat tu.

Lepas kuliah, aku didatangi seorang student lelaki..Dengan ghairah yang luar biasa, dia bertanyakan aku macam-macam pasal topik agama.Perbincangan jadi hangat walaupun jam dah hampir pukul sebelas malam. Dewan yang sunyi pecah heningnya oleh suara aku, dia dan teman wanitanya.

Rupanya dalam kelas aku memang ada yang berminat dengan topik/isu yang berat2. Kenyataan ini membuatkan aku lebih bersemangat, kerana sebelum itu aku ada andaian sikit. Dalam kepala aku pastilah sukar untuk aku temui student dalam lingkungan 19-20 tahun minat benda2 orang tua macam ini.Lebih mengagumkan, dia yang menyebut tentang buku 'History of God' karya Karen Armstrong. Aku tahu aku sekurang-kurangnya ada seorang pelajar yang faham apa yang aku ajar..

narsisisme dan blog..tak terelakkan

orang kata menulis soal diri sendiri dalam blog satu penyakit..betulkah? kata orang, namanya narsisisme..suka diri sendiri. Pada aku blog mungkin diari seseorang. Jika aku membuka beberapa blog, memang ternyata unsur narsisis itu. Namun banyak juga yang bagus.

Pada aku, ia tak akan jadi penyakit itu jika blog bercerita mengenai pemikiran seseorang. Ia akan menjadi narsisisme jika kita asyik bercerita pasal diri, pakai apa, pergi ke mana, tengok kawan kawin dan sebagainya.

Tak pastilah sapa nak baca blog semacam tu..

Ruang ini seeloknya diisi dengan fikiran2 baru dan segar.Kalau pun ada pandangan lama, ia perlu dilihat dengan jurus yang baru, atau tambahan2 maklumat. itulah hasrat aku..

Dari pembacaan aku, seseorang penulis terkenal memang ada ciri narsisisme, tapi diukir secara kreatif dan terasa benda tu wujud dalam tulisan mereka. Lagipun, narsisis fikiran memang aku boleh terima..

Nampaknya benda ini yang dituang dalam blog tek terelakkan..

Aku dan Blog

aku mula buka blog sejak Februari 2005. Disebabkan beberapa perkara tertentu, blog tu tak aktif. Aku ambil keputusan membuka semula satu lagi. Mengapa blog? Pastinya, untuk menjelaskan fikiran aku atas banyak perkara.

Kadang-kadang perkataan banyak perkara memang memeningkan. Sejak dulu, aku memang minat banyak perkara..Tapi satu pun tak dipakari. Sekarang baru mula nak fokus kepada beberapa perkara yang aku rasa berpotensi.

Kalau dulu aku minat (dan sedikit berkebolehan) menulis, melukis (sebetulnya memotret), kini aku cuba fokus kepada bidang pengajianku. Dan mungkin juga satu lagi..golf.

Aku memang cuba tumpu kepada dua perkara ini. Aku kepingin sekali jika aku dapat kedua-duanya. Dua masih lagi kecil jika dibandingkan dengan minat aku sebelum ini. Misalnya, aku meminati bidang agama sejak kecil, bila besar sedikit masuk sekolah sains.

Walaupun merasa salah bidang pada masa tu, aku tak pernah kesalinya. Aku pernah juga nak menjadi pemuzik dan penyanyi, walaupun tak pernah berjaya.

Akhirnya, semua itu menjadi hobi yang menarik bila diri semakin dewasa. Kesemuanya tak pernah aku tinggalkan, cuma tumpuan untuk semua perkara itu ternyata berkurangan. Aku cuba mendorong diri aku untuk menajamkan kembali penulisan aku melalui blog ni..