Tuesday, February 13, 2007

Kuliah Yang Paling Menyeronokkan

Semalam mungkin perlu aku catatkan dalam sejarah diri. Ya, satu catatan tanpa tarikh khusus untuk diingati..Ianya berkaitan dengan kuliah aku serta respons yang aku dapat selepas kuliah tu.

Aku rasa agak berjaya menarik perhatian student aku selama hampir 3 jam kuliah sekalipun tajuknya agak berat. Memang aku rasa tajuk 'agama' berat bagi student tahun pertama.

Ringkasnya, aku mulai kuliah dengan menyambung topik minggu lepas, komunikasi. Lupa nak bagi tau, subjeknya pengantar sains sosial. Aku sambung balik dengan aspek halangan dalam komunikasi.

Selepas bercerita pasal persaingan merebut kerusi Presiden di USA yang dah bermula (setakat ini Barrack Obama dengan bantuan isteri dan Hillary Clinton mula masuk persaingan), aku cuba buat lawak mengenai pembaca berita yang sampai sudah tak berjaya menyebut 'Arnold Schwernegger' dengan tepat. Sudahnya dia menyebut 'Arnold susah nak eja'.

Tapi, mungkin jenakanya dah agak klise, walaupun berkait dengan topik halangan dalam komunikasi apabila pembaca berita itu tidak membuat persediaan rapi sebelum melaksanakan kerjanya. Student aku tak berapa minat dengan joke tu.

Nampak mereka kurang berminat, aku cuba swing sikit perhatian mereka dengan mengadakan satu game 'komunikasi'- mereka dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diminta beramai-ramai meritma lagu Mexico, dan satu lagi lagu Hindustan. Kelas jadi gamat.

Aku teruskan topik yang berat tu.

Lepas kuliah, aku didatangi seorang student lelaki..Dengan ghairah yang luar biasa, dia bertanyakan aku macam-macam pasal topik agama.Perbincangan jadi hangat walaupun jam dah hampir pukul sebelas malam. Dewan yang sunyi pecah heningnya oleh suara aku, dia dan teman wanitanya.

Rupanya dalam kelas aku memang ada yang berminat dengan topik/isu yang berat2. Kenyataan ini membuatkan aku lebih bersemangat, kerana sebelum itu aku ada andaian sikit. Dalam kepala aku pastilah sukar untuk aku temui student dalam lingkungan 19-20 tahun minat benda2 orang tua macam ini.Lebih mengagumkan, dia yang menyebut tentang buku 'History of God' karya Karen Armstrong. Aku tahu aku sekurang-kurangnya ada seorang pelajar yang faham apa yang aku ajar..

narsisisme dan blog..tak terelakkan

orang kata menulis soal diri sendiri dalam blog satu penyakit..betulkah? kata orang, namanya narsisisme..suka diri sendiri. Pada aku blog mungkin diari seseorang. Jika aku membuka beberapa blog, memang ternyata unsur narsisis itu. Namun banyak juga yang bagus.

Pada aku, ia tak akan jadi penyakit itu jika blog bercerita mengenai pemikiran seseorang. Ia akan menjadi narsisisme jika kita asyik bercerita pasal diri, pakai apa, pergi ke mana, tengok kawan kawin dan sebagainya.

Tak pastilah sapa nak baca blog semacam tu..

Ruang ini seeloknya diisi dengan fikiran2 baru dan segar.Kalau pun ada pandangan lama, ia perlu dilihat dengan jurus yang baru, atau tambahan2 maklumat. itulah hasrat aku..

Dari pembacaan aku, seseorang penulis terkenal memang ada ciri narsisisme, tapi diukir secara kreatif dan terasa benda tu wujud dalam tulisan mereka. Lagipun, narsisis fikiran memang aku boleh terima..

Nampaknya benda ini yang dituang dalam blog tek terelakkan..

Aku dan Blog

aku mula buka blog sejak Februari 2005. Disebabkan beberapa perkara tertentu, blog tu tak aktif. Aku ambil keputusan membuka semula satu lagi. Mengapa blog? Pastinya, untuk menjelaskan fikiran aku atas banyak perkara.

Kadang-kadang perkataan banyak perkara memang memeningkan. Sejak dulu, aku memang minat banyak perkara..Tapi satu pun tak dipakari. Sekarang baru mula nak fokus kepada beberapa perkara yang aku rasa berpotensi.

Kalau dulu aku minat (dan sedikit berkebolehan) menulis, melukis (sebetulnya memotret), kini aku cuba fokus kepada bidang pengajianku. Dan mungkin juga satu lagi..golf.

Aku memang cuba tumpu kepada dua perkara ini. Aku kepingin sekali jika aku dapat kedua-duanya. Dua masih lagi kecil jika dibandingkan dengan minat aku sebelum ini. Misalnya, aku meminati bidang agama sejak kecil, bila besar sedikit masuk sekolah sains.

Walaupun merasa salah bidang pada masa tu, aku tak pernah kesalinya. Aku pernah juga nak menjadi pemuzik dan penyanyi, walaupun tak pernah berjaya.

Akhirnya, semua itu menjadi hobi yang menarik bila diri semakin dewasa. Kesemuanya tak pernah aku tinggalkan, cuma tumpuan untuk semua perkara itu ternyata berkurangan. Aku cuba mendorong diri aku untuk menajamkan kembali penulisan aku melalui blog ni..