Monday, March 19, 2007

Dublin oh Dublin

Entah mengapa, hati begitu menggelitik hendak berpuisi..Rupanya dah terlalu lama aku tidak menulis sekalipun sepotong idea puitis. Lalu teringat potongan-potongan puisi lama, lalu aku cantumkan kembali..Tidak lah baru, tapi cukup mengurangkan gian..


Dublin oh Dublin

Keseorangan, mengadap internet berbayar yang mahal di Isaac Hotel
berdepan pejabat Garda dan stesen bas, aku terlalu mengingatimu,
lebih dari segalanya, yang wujud di sini, dan di sana..

Berdepan stesen bas, pengemis Dublin berpakaian baju lusuh, merokok sambil berludah,
pada jalan raya yang basah.

Sesekali, trem hilang deru dalam renyai hujan, dan sewaktu pasangan irish sedang berkucupan, menambahkan ingatanku padamu..

Indahnya Dublin, dengan jalan lurus ke pelabuhan.
Sungainya panjang membelah dua pekan
yang hilang kebiruannya, disinari matahari pukul sepuluh.

Berjalan-jalan di jambatan itu, aku terbayangkanmu,
sekalipun gadis irish berkulit mulus, berpusu-pusu lalu di depanku.

Sayang, aku terlalu rindu.

Dublin, 30 Disember 2005.

2 comments:

haniro said...

Susah blog rasabatin ni, kena sign in dengan google. Terhad, kurang demokrasi. Lembah Sintok ada kawan bagi tahu meriah. Kawe lama doh tidak ke sana.
Puisi Umar Zain ni memberat ke melankolik. Mungkin tuan punya diri pun melankolik kot!
Kawe suka kalu bait-baitnya macam ni:

'masa kamu disampingku
kita berdua bagai di sorga
aku tinggi, lagi tinggi
tak takut lagi, yeaah.. yeaah
dan aku cumbu kamu!

umarzain said...

sekarang ni dah tak susah, pemilik dah bagi sesiapa saja untuk komen- macam bush jugak-semuanya atas dasar demokrasi..hehey.